TUJUAN GURU (PELATIH/NOVIS/BERPENGALAMAN) MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN:
1. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.
2. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.
3. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membanttu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai. Dengan itu mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan dan diberikan kuasa untuk membuat keputusan (empowerment)
4. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran.
5. Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar.
6. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin.
7. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja.
8. Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
9. Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
10. Membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
11. Merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.
MENGAPA ANDA INGIN MELAKUKAN TAJUK YANG DIPILIH UNTUK MINI KAJIAN ANDA?
TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN :
"WINDOWS MOVIE MAKER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"
Faktor pemilihan tajuk ini:
1. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Windows movie maker turut berfungsi sebagai video menjadikannya sebagai media penyampaian ilmu yang mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini secara tidak langsung akan mempermudahkan pemahaman seseorang pelajar dalam memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar juga boleh belajar secara individu mahupun berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar disamping mereka sepanjang masa. Ianya sangat bersesuaian dengan guru yang kerap melakukan kerja-kerja luar.
2. Memudahkan proses pengulangan dalam pembelajaran.
Menerusi cara ini, pengajaran yang melibatkan pengulangan penerangan dapat dilakukan dengan mudah kerana tiada bahagian atau isi yang teritnggal.
3. Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan.
Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti menggunakan perisian komputer, kemahiran melakukan ujikaji, mengendalikan alatan dan sebagainya memerlukan tunjuk ajar dan demonstrasi. Dengan adanya video ini pelajar boleh menonton dan mengawal perjalanan video mengikut keperluan dan tahap kefahaman pelajar itu sendiri.
4. Memberi kuasa kawalan kepada pelajar.
Penggunaan video ini, membolehkan pelajar memainkan video, memberhentikannya atau mengulangkan kembali klip-klip yang berkaitan. Secara tidak langsung membolehkan proses pembelajaran berlaku mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya mengikut keperluan tenaga pengajar semata-mata.
5. Menjimatkan masa dan tenaga.
Proses pengajaran menjadi lebih cepat menerusi video yang dipaparkan. Ini kerana proses penerangan yang panjang lebar dan demontrasi yang meleret-leret dapat dielakkan. Hal ini kerana proses penerangan menerusi video telah menggabungkan elemen-elemen seperti imej, muzik dan suara latar yang secara tidak langsung memberi penjelasan yang lebih jelas lagi kepada para pelajar.
MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan:
- Supaya guru (pelatih/novis/ berpengalaman) itu tahu cara untuk menghasilkan kerja yang memberi mutu yang tinggi dalam bidangnya.
- Supaya guru (pelatih/novis/ berpengalaman) sentiasa terbuka untuk belajar cara bagaimana untuk meningkatkan kualiti amalannya di samping sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.
- Guru (pelatih/novis/berpengalaman) akan sentiasa bersedia untuk berkongsi kepakarannya dengan guru professional yang lain dalam bidang keguruan.
- Kajian tindakan dapat menjadikan guru (pelatih/novis/berpengalaman) sebagai seorang yang sentiasa ingin menyiasat setiap kelemahan atau masalah yang timbul di persekitarannya dan seterusnya menyelidik dan menganalisis dengan cara yang sisitematik dan teratur.
- Kajian tindakan juga berupaya menjana proses pemikiran yang kreatif dan mampu menjadikan guru (pelatih/novis/berpengalaman) sentiasa bermatlamat, gigih dan berusaha untuk mendidik anak bangsa tanpa berputus asa.
Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?
Perisian ini merupakan perisian pasang siap dalam Windows. Secara umum perisian ini digunakan untuk capture frame video daripada perakam video, menyunting dan menghasilkan video dalam beberapa format. Perisian ini juga bukan sahaja boleh membina sebuah filem daripada gambar bergerak tetapi juga boleh membina filem dengan menggunakan gambar foto. Windows Movie maker dipilih sebagai tajuk mini kajian tindakan adalah kerana:
1. Dapat mempelbagaikan kaedah P&P dan memperkayakan teknik pengajaran..
2. Menarik minat pelajar jika direka bentuk dengan baik.
3. Membantu kefahaman pelajar terhadap konsep abstrak.
4. Boleh disimpan dan digunakan semula.
5. P&P akses sendiri.
6. P&P lebih menyeronokkan.
7. Ia sesuai dijadikan alat membantu guru dalam proses P&P kerana berkemampuan menerima dan mengakses data atau maklumat.
8. Membantu guru mencapai objektif P&P yang berkesan jika digunakan dengan sistematik.
9. Penggunaan aspek teknologi yang digabungkan dalam kurikulum ini adalah satu usaha ke arah memupuk minat dan sikap yang positif daripada pelajar terhadap perkembangan teknologi.
No comments:
Post a Comment