Islamic Widget

Saturday, December 12, 2009

AKTIVITI 10 : TUGASAN 1 BUKU

Di dalam buku ini, penulis menyatakan bahawa keadaan di dalam bilik darjah menggambarkan pelbagai isu-isu di dalam pembelajaran. Dan ini telah dibuktikan melalui empat kes yang dihuraikan di dalam setiap bab di dalam buku ini. kebanyakan kes adalah berlaku di dalam bilik darjah dan persoalan untuk perbincangan ini adalah apakah yang patut guru lakukan setelah masalah tersebut dikenalpasti terhadap para pelajar. tujuan perbincangan terhadap kes-kes ini adalah untuk membuat refleksi dan guru-guru dapat melakukan pertukaran idea sesama mereka untuk mencari penyelesaian atau teknik yang sesuai untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

No comments:

Post a Comment