TAJUK PEMBENTANGAN 1:
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI TEKNIK GUBAHAN LIRIK LAGU
Nama Pembentang : ROBIAH BINTI MOHAMAD & SITI HAJJAR HASNAA BINTI YAHYA
Sekolah : SMK Desa Perdana, Kuala Lumpur
1.0 PERNYATAAN MASALAH
~Pengkaji mencari teknik P&P yang sesuai untuk digunakan di dalam bilik darjah supaya dapat menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
~Pengkaji cuba menggunakan teknik gubahan lagu di dalam proses P&P agar dapat membantu pelajar menguasai topik-topik di dalam Pendidikan Islam.
2.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL KAJIAN
2.1 Metodologi
Pengkaji menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart yang mengandungi beberapa langkah iaitu:
- Merancang
- Tindakan
- Pemerhatian
- Refleksi
2.2 Setting Kajian
Kitaran 1
• Guru menggubah sendiri lirik lagu berdasarkan satu topik dalam Pendidikan Islam dan merakamkan lagu tersebut mengikut melodi satu lagu popular yang dipilih.
• Guru memperdengarkan dan mengedarkan lirik lagu tersebut kepada semua pelajar dan meminta pelajar untuk menyanyikannya secara beramai-ramai.
Kitaran 2
• Guru meminta pelajar sendiri yang menggubah lirik lagu mengikut topik yang diberikan.
• Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan.
• Setiap kumpulan perlu menggubah lirik dan menyanyikannya mengikut melodi lagu popular yang dipilih sendiri oleh pelajar mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan diberikan tempoh selama 2 minggu.
• Setiap kumpulan membuat persembahan dalam bentuk pertandingan dan pemenang diberikan ganjaran.
2.3 Sampel Kajian
Pengkaji menggunakan seramai 25 orang pelajar tingkatan 2 SMK Desa Perdana sebagai sampel kajian.
3.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Pengkaji mengumpul dan membuat analisis kajian melalui:
• Rakaman Audio
- Di awalnya pelajar merasa kekok dan sukar untuk menghayati lirik lagu tetapi dalam masa yang sama begitu teruja.
• Rakaman video
- Pelajar menunjukkan semangat yang tinggi untuk menyanyi lagu ciptaan sendiri.
- Pelajar melibatkan diri secara aktif dalam tugasan yang diberi.
• Pemerhatian
- Pelajar tidak bosan dan berasa seronok.
- Selalu bertanyakan guru.
- Menunjukkan semangat berkumpulan yang tinggi.
• Temubual
- Pengkaji menemubual seramai 5 orang pelajar untuk menyelami perasaan mereka setelah teknik ini dijalankan.
- Mendapat respon yang baik daripada semua pelajar.
4.0 IMPLIKASI KAJIAN
*Pelajar sangat seronok melakukan tugasan yang diberi kerana sedikit mencabar.
*Setiap ahli memberikan respon yang positif dan sentiasa aktif melibatkan diri.
*Pelajar mudah mengingati topik yang dipelajari melalui lirik lagu yang digubah sendiri.
*Sistem ganjaran yang digunakan menaikkan lagi semangat pelajar.
5.0 APA YANG DAPAT DIPELAJARI
Pelajar-pelajar lebih berminat sekiranya terdapat kelainan di dalam kaedah pengajaran terutamanya yang menyeronokkan dan mencabar minda mereka. Oleh yang demikian, guru seharusnya kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya apa yang diajar sampai kepada pelajar dengan berkesan dan lebih bermakna.
6.0 PENDAPAT DAN KOMEN
Tajuk kajian ini memang sesuai dengan kajian tindakan yang dilakukan. Teknik gubahan lagu mampu untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajaran yang dipersembahkan. Pelajar juga dapat memberikan respon yang positif terhadap tugasan yang diberikan oleh guru. Secara tidak langsung, pembelajaran yang dijalankan melalui teknik gubahan lagu ini berkesan untuk membuatkan pelajar-pelajar dapat berfikir secara kreatif dan kritis di samping meningkatkan pemahaman pelajar tersebut dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di dalam kelas.
Kebaikan menggunakan kaedah ini adalah dapat mengurangkan masalah disiplin dan gangguan pelajar di bilik darjah semasa pengajaran dilaksanakan kerana mereka terlibat secara langsung. Kelemahannya pula adalah kerana tidak semua topik di dalam subjek ini sesuai untuk diajar melalui teknik ini dan sekiranya teknik ini diajar secara berterusan mungkin ia akan mengundang kebosanan kepada pelajar itu sendiri.
TAJUK PEMBENTANGAN 2
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS DAN MEMBACA JAWI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 MELALUI KAEDAH SIMULASI KOMPUTER
Nama Pembentang : MOHD SARHAN ISMAIL (P48693), NUR BAITI ANUM MOHD SHAFIE (P48615) dan ROSMIZA RIOH (P48604)
Sekolah : SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG
1.0 PERNYATAAN MASALAH
Pengkaji ingin mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam menulis dan membaca Jawi. Ini adalah kerana pelajar-pelajar didapati masih menghadapi masalah dalam menyambungkan huruf-huruf Jawi dengan betul serta keliru untuk menulis perkataan rumi ke dalam tulisan Jawi.
2.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL KAJIAN
2.1 Metodologi
Pengkaji menggunakan beberapa kaedah yang mengandungi beberapa langkah iaitu:
· Simulasi komputer
· Kad imbasan (Flash card)
· Lembaran
2.2 Setting Kajian
Kaedah pengajaran melalui simulasi komputer memberi peluang kepada pelajar untuk belajar menyebut setiap huruf jawi dengan mengikut animasi yang ditunjukkan. Manakala melalui kad imbasan pula, pelajar-pelajar akan dipilih secara rawak untuk tampil ke hadapan dan guru meminta pelajar memilih huruf jawi bersama dengan perkataan dalam rumi. Sebelum pelajar diberikan ujian jawi, setiap pelajar terlebih dahulu diberikan satu set lembaran (jadual) yang mengandungi huruf-huruf jawi beserta dengan penggunaannya dalam perkataan. Pelajar akan diberi masa untuk meneliti lembaran tersebut sebelum ujian dijalankan.
2.3 Sampel Kajian
Pengkaji menggunakan seramai 28 orang pelajar tingkatan 2 SMK Bandar Baru Sungai Long sebagai sampel kajian.
3.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
3.1 Pengkaji mengumpul data melalui:
· Borang pemerhatian guru
Pemerhatian dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah dan penilaian adalah dibuat berdasarkan pemerhatian daripada guru sendiri terhadap pelajarnya.
· Hasil lembaran kerja pelajar
Guru juga mengumpul data melalui hasil lembaran kerja daripada pelajar.
· Borang temubual pelajar
Temubual diadakan terhadap pelajar untuk mengenalpasti bagaimana respon daripada mereka dan meminta pendapat serta pandangan mereka mengenai aktiviti P&P tersebut.
· Ujian Jawi 1 dan 2
Ujian Jawi telah diadakan bagi mengumpul data kuantitatif bagi setiap orang pelajar dalam mengenalpasti tahap pencapaian mereka setelah aktiviti P&P ini dijalankan.
3.2 Penganalisisan Data
· Melalui data terkumpul yang dijalankan terhadap 28 orang pelajar tingkatan 2, didapati bahawa menerusi ujian Jawi 1 iaitu sebelum kajian dijalankan, peratusan pelajar yang mendapat skor 10-12 adalah sebanyak 35.7%. tetapi setelah kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah simulasi, peratusannya telah meningkat kepada 53.6%. Maka dapatlah dilihat di sini bahawa terdapat peningkatan dalam peratusan pelajar yang menunjukkan keberkesanan kaedah simulasi ini.
4.0 IMPLIKASI KAJIAN
a) Kaedah Simulasi Komputer
Melalui kaedah ini, para pelajar kelihatan lebih semangat dan menunjukkan minat serta memberi respon yang positif serta memberangsangkan sepanjang proses P&P di dalam bilik darjah. Kaedah ini dilihat dapat membantu pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan membaca dan menulis Jawi dengan baik.
b) Kad Imbasan
Melalui kad imbasan yang digunakan di dalam bilik darjah banyak membantu para pelajar yang lemah dalam penulisan dan pembacaan Jawi dengan mudah dapat mengingati huruf-huruf jawi.
5.0 APA YANG DAPAT DIPELAJARI:
Melalui kaedah simulasi yang digunakan ini, pelajar-pelajar bukan sahaja dapat mempelajari dan mengingati huruf-huruf Jawi dengan mudah, tetapi di samping itu ia turut mendedahkan pelajar dengan teknologi terkini kerana menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar. Oleh yang demikian adalah menjadi tugas guru untuk memperkembangkan lagi minda pelajar tanpa mengabaikan teknologi sebagai asas dalam pendidikan.
PENDAPAT DAN KOMEN
Kajian tindakan dengan menggunakan kaedah simulasi komputer juga adalah bersesuaian dengan konsep kajian tindakan itu sendiri. Melalui kaedah simulasi komputer ini, ia bukan sahaja dapat menarik minat pelajar terhadap penulisan jawi, tetapi juga dapat memberi pendedahan terhadap penggunaan teknologi komputer yang amat penting pada masa kini. pelajar juga menunjukkan semangat yang tinggi semasa proses P&P dijalankan. Secara kesimpulannya, kaedah ini berkesan untuk digunakan di dalam bilik darjah kerana ia dapat memberikan pengajaran yang jelas terhadap penulisan jawi ini. Melalui kaedah simulasi komputer ini juga dapat memperkembangkan lagi kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan juga menulis dengan adanya kemudahan program komputer yang mempunyai warna, grafik, dan juga suara. Tetapi terdapat juga sedikit kelemahan di mana simulasi komputer ini mengambil masa yang lama untuk disediakan.
No comments:
Post a Comment