JURNAL 1 | JURNAL 2 | JURNAL 3 |
Contoh kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis | ||
Coming to Terms with the Online Instructional Revolution: A Success Story Revealed Through Action Research By: Eddie Lunsford and Kimberly Bolton | Reflection-in-and-on-Action in Participatory Action Research: Toward Assessment for Learning By: Penny Singh | Using Action Research to Implement the National Geography Standards: Teachers as Researcher By: Sarah Witham Bednarz |
Apakah masalah yang dijadikan kajian? | ||
Kertas ini membentangkan tentang kajian tindakan dan hasil dari projek kajian tindakan guru mengenai perkembangan dan penilaian terhadap kursus biologi dalam talian kepada pelajar yang tidak mengkhusus dalam bidang tersebut (non-majors). | Tujuan kajian ini adalah untuk mengemukakan alasan penggunaan penaksiran lisan dalam subjek sains sebagai satu keadilan, pendekatan boleh dipercayai dan sahih kepada taksiran. Kajian ini mendapati bahawa sifat interaktif penaksiran lisan membawa kepada pembelajaran kandungan yang bertambah baik untuk pelajar-pelajar daripada teman-teman sebaya dan kepada penaksir-penaksir. | Kajian tindakan ini dibuat dengan tujuan mengemukakan sebab-sebab untuk penggunaan kajian tindakan di dalam pendidikan Geografi. Penerokaan awal terhadap kajian tindakan berdasarkan pembangunan kakitangan professional (guru-guru) adalah dihuraikan. |
Sample dan Setting Kajian | ||
Penyelidikan itu mengambil tempat dalam satu kolej komuniti kecil dan membandingkan antara format-format pengajaran dalam talian dan juga tradisional. Ada 9 peserta dalam setiap kumpulan. | Seratus lima puluh tujuh orang pelajar daripada School Life dan Environmental Sciences di University of Natal (kini University KwaZulu-Natal) dan 131 orang pelajar daripada Fakulti Sains Kesihatan di Sultan ML Technikon (kini Universiti Teknologi Durban) mencukupkan sampel. Seratus peratus pelajar-pelajar dalam setiap kelas dijadikan sampel. | Sampel dibuat terhadap guru dalam 20 bilik darjah, daripada sekitar negeri Texas, berkumpul untuk satu latihan kediaman tradisional satu minggu yang menumpukan kepada taksiran berdasarkan prestasi. |
Bagaimana kajian dilakukan? | ||
Kursus ini adalah dibangunkan sepenuhnya tertumpu dalam format web. Selepas pengajaran satu semester, para peserta telah ditaksir dengan 50 ujian pelbagai pilihan yang berkaitan dengan isi kefahaman yang telah diperolehi di dalam kursus tersebut. Skor mereka kemudiannya dibandingkan dengan pelajar-pelajar dalam format bilik darjah (tradisional). | Untuk kajian ini, penaksiran lisan telah dijalankan di dua institusi-institusi tinggi di Afrika Selatan di mana bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar. | Program itu mengandungi tiga fasa-fasa kerja: (1) bengkel latihan, (2) ujian-ujian lapangan, dan (3)refleksi selama enam bulan mengikuti latihan |
Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data? | ||
Di dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat adakah kandungan pengetahuan yang diperolehi daripada pembelajaran subjek biologi berasaskan dalam talian adalah sama dengan pembelajaran secara tradisional iaitu di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan pelajar-pelajar daripada non-major dalam kursus biologi sebagai sampel untuk dibuat penyelidikan.
| Terdapat sejumlah sepuluh orang penilai dan penyertaan mereka dalam kajian ini adalah secara sukarela. Kajian perlu dihadkan dalam terma penduduk (Sains) dan lokasi geografi (Durban) untuk memastikan semuanya berjalan mengikut jadual. Soal selidik dan fokus perbincangan kumpulan adalah digunakan untuk menghimpunkan data dari seluruh pelajar-pelajar itu dan juga penaksir-penaksir dalam kajian tentang respon mereka terhadap penggunaan teknik penaksiran lisan, pengalaman-pengalaman individu mereka, sikap dan perasaan mereka serta data tentang riwayat hidup mereka. | Teknik-teknik yang digunakan dalam kajian tindakan guru: -pemerhatian -kajian kes - jurnal -video tape -teknik laporan kendiri -soal selidik -temuduga -senarai semak
-analysis -brainstorming -group discussions -refleksi -borang penilaian guru dan pelajar -ujian lapangan
Hasil daripada data-data tersebut, laporan dan juga komen-komen daripada guru yang menggunakan kaedah kajian ini adalah dianalisis.
|
Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian? | ||
Min dan julat skor ujian antara kumpulan non-majors ditunjukkan di dalam jadual. Manakala perbandingan skor ujian antara kumpulan ditunjukkan dalam bentuk carta bar. Hasil dapatan mendapati min ujian terhadap pelajar nonmajor adalah sebanyak 69.77, manakala untuk pelajar dari major biologi adalah sebanyak 70.00. terdapat sedikit sahaja perbezaan di antara keduanya.
| Pengkaji memaparkan dapatan kajian melalui respon yang diberi oleh pelajar-pelajar. Hasil dapatan mendapati majoriti daripada pelajar-pelajar (84% di universiti dan 78.5% di technikon) memberi respon yang positif terhadap pembelajaran secara oral ini.
| Pengkaji memaparkan dapatan dalam bentuk laporan dan juga komen daripada guru-guru. Hasil dapatan didapati bahawa guru-guru banyak memberikan respon yang positif terhadap penggunaan kajian tindakan ini kerana ia banyak membantu mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran.
|
Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal | ||
Kajian ini mengemukakan masalah berhubung dengan keberkesanan pembelajaran melalui online dan membandingkannya dengan pembelajaran secara tradisional. | Kajian ini ingin memperkuatkan alasan bahawa pembelajaran secara oral di dalm subjek sains adalah lebih berkesan berbanding dengan pembelajaran secara bertulis kerana ia melibatkan perbincangan secara berkumpulan mengenai sesuatu topik di dalam subjek sains. | Di dalam kajian ini, guru-guru mengkaji masalah yang timbul semasa pembelajaran subjek Geografi dan melakukan penaksiran terhadap pelajar-pelajarnya sendiri dan seterusnya berbincang dan berkongsi masalah tersebut dengan guru-guru lain untuk mencari penyelesaian. |
Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian? | ||
Pengkaji melakukan ujian dengan menggunakan internet sebagai medium pembelajaran secara online. | Pengkaji melakukan ujian menggunakan soal selidik dan fokus perbincangan kumpulan. | Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah kajian termasuklah pemerhatian, temubual, analisis, video taping, brainstorming dan sebagainya. |
Apa yang dipelajarai daripada ketiga-tiga jurnal? | ||
Bentuk pengajaran dan pembelajaran boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk termasuklah melalui penggunaan teknologi. | Kajian ini adalah bersesuain dengan teori perkembangan iaitu konstruktivisme yang menekankan tentang pembelajaran melalui pengalaman pelajar itu sendiri. | Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mengkaji masalah yang timbul dan bersama-sama mencari jalan keluar untuk permasalah tersebut bagi membantu tahap perkembangan pembelajaran pelajar itu sendiri. |
JURNAL 1
Coming To Terms With The Online Instructional Revolution: A Success Story Revealed Through Action Research
By : Eddie Lunsford & Kimberly Bolton
Kertas kajian ini menerangkan tentang kursus tindakan dan hasil projek guru berdasarkan kajian tindakan yang di mana ia memberi penekanan terhadap peningkatan dan penilaian pengajaran biologi secara online bagi mereka yang bukan major dalam bidang tersebut. Kajian ini dijalankan dalam komuniti kolej yang kecil dan format-format penyampaiannya dibandingkan dengan yang secara tradisional. Setelah setahun penyampaian tersebut dijalankan, pelajar adalah dinilai berdasarkan 50 item dengan ujian pilihan yang pelbagai berdasarkan apa yang telah dipelajari di dalam kursus tersebut. Format kajian mungkin boleh diguna pakai untuk melihat isu-isu berkaitan dengan menggunakan pengajaran secara laman sesawang.
Jurnal 2
Reflection-in-and-on-Action in Participatory Action Research: Toward Assessment for
Learning
By: Penny Singh
Artikel ini adalah berkenaan penggunaan penaksiran secara lisan untuk pembelajaran dengan menggunakan pendekatan secara refleksi in and on dalam satu rangka kerja penyelidikan kajian tindakan. Tujuan kajian ini adalah untuk memberi alasan terhadap penglibatan penaksiran lisan dalam sains sebagai satu keadilan, pendekatan boleh dipercayai dan sahih kepada taksiran. Kajian ini mendapati bahawa sifat interaktif penaksiran lisan membawa kepada kandungan pembelajaran yang bertambah baik untuk pelajar-pelajar termasuklah teman-teman sebaya dan juga penaksir-penaksir. Penaksir-penaksir juga mempelajari tentang pelajar-pelajar mereka sebagai individu, amalan-amalan pembelajaran mereka dan mengkritik pengajaran mereka daripada penaksiran lisan.
Pengajaran yang bernilai dipelajari untuk pengajaran berkumpulan secara kolaboratif dan membuat penilaian untuk memberi manfaat kepada penaksir-penaksir dan juga pelajar-pelajar. Kajian ini juga mendapati tindakan penyelidikan memberikan penaksir-penaksir satu cara untuk melakukan benda baru dan memberi kuasa kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan dalam bilik-bilik darjah mereka sendiri, dengan rakan-rakan mereka dan juga pelajar-pelajar mereka.
JURNAL 3
Using Action Research to Implement the National Geography Standards: Teachers as Researcher
By: Sarah Witham Bednarz
ABSTRAK
Kajian Tindakan adalah ditakrifkan sebagai inkuiri berdasarkan bilik darjah secara sistematik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diterima oleh guru. Ia boleh dijadikan sebagai satu komponen dalam pendidikan, terutama pembangunan kakitangan professional. Artikel ini telah mengemukakan pandangan kepustakaan terhadap kajian tindakan supaya dapat digunakan dalam pendidikan Geografi ini. Satu penerokaan awal terhadap kajian tindakan berdasarkan pembangunan kakitangan professional adalah dihuraikan di dalam artikel ini. Keputusan-keputusan projek itu menunjukkan kajian tindakan itu adalah berpotensi dan berguna sebagai satu cara untuk memberi panduan kepada guru-guru untuk membuat refleksi terhadap amalan mereka.
By. Kerrie Corcoran and Cheryl Sim
By: Faith H. waters, Patricia S. Smeaton, Todd G. Burns
Jurnal ini berkaitan kajian tindakan di bilik darjah melibatkan persepsi pelajar yang berbeza-beza, alternatif model penilaian di kelas Sains sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar memilih yang berbeza-beza, berbanding penilaian secara tradisional melalui alternatif model penilaian lain. Unsur yang menjadi keutamaan pelajar ialah pilihan, peningkatan pembelajaran dan pengalaman yang luas.
Kajian ini melihat kepada objektif pembelajaran yang dapat diintegrasikan dalam kurikulum sedia ada. Ia melibatkan kepala, tangan dan hati iaitu keseimbangan kognitif, psikomotor dan domain afektif. Program universiti dan kursus menunjukkan objektif pembelajaran yang dikenali sebagai kesinambungan transformatif belajar (Transformative Sustainability Learning-TSL).
Pendekatan yang digunakan secara praktikalnya, TSL muncul dari pendidikan tradisional dan transformasi pendidikan. TSL ini muncul dari kolaborasi dalam usaha untuk membolehkan peralihan kepada eksplisit berorientasikan kemanpanan pendidikan tinggi. Melalui kajian tindakan, berasaskan masyarakat, pengalaman belajar yang diterapkan merupakan proses kitaran inovasi, implementasi dan refleksi. Kajian mendapati kemajuan kepala, tangan dan hati sebagai prinsip pengorganisasian yang digunakan untuk mengintegrasikan kajian transdisciplinary (kepala), kemahiran berkongsi dan pengembangan kemahiran (tangan) dan terjemahan daripada semangat dan nilia kepada tingkah laku (hati). Perkembangan kognitif untuk memahami TSL sebagai rangka penyatuan yang berkaitan kemapanan dan pedagogi transformatif.
By : Yasmeen G, Dept. of Physiology, University of Karachi
No comments:
Post a Comment