Islamic Widget

Sunday, November 8, 2009

AKTIVITI 1 : ULASAN BUKU

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KAJIAN TINDAKAN

Buku 1 :
All You Need To Know About Action Research
By Jean McNiff & Jack Whitehead

Kajian yang membolehkan guru mengkaji serta menilai kerja mereka berkaitan apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk meningkatkan mutu pengajaran dan membuat penambahbaikan supaya ianya berkesan dan boleh digunakan oleh orang lain. Terutama sekali bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Kajian tindakan merupakan proses yang berterusan.

Buku 2:
The Reflective Educator’s Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to Learn Through Practitioner Inquiry
By Nancy Fitchman Dana & Diane Yendol-Solva

• Berdasarkan buku ini, Kajian Tindakan adalah usaha yang melibatkan dua orang guru atau lebih melaksanakan inkuiri secara kolaboratif (usaha sama) semasa menjalankan kajian menmperbaiki proses P&P di dalam kelas.
• Kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial

Buku 3:

Tajuk Buku: Classroom Research: Implementing the Scholarship of Teaching

By: Cross K. P & Steadman M. H.

1.Apa itu kajian tindakan?

Berdasarkan buku ini, kajian di dalam bilik darjah adalah bermaksud kajian yang dilakukan oleh guru mengenai proses P&P di dalam bilik darjah sendiri. Kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada guru dan pelajar dengan pembelajaran secara kolaboratif dan aktif di dalam bilik darjah berikut. Guru akan belajar bagaimana untuk menjadi guru yang lebih efektif dan pelajar akan belajar untuk menjadi pelajar yang lebih efektif. Ia menekankan tentang apa yang berlaku di dalam kelas serta proses-prosesnya.

Ciri-ciri Kajian Tindakan:

1. Berpusatkan pelajar

2. Berpusatkan guru.

3 Kolaboratif antara guru dan pelajar.

4. Soalan yang spesifik.

5. Praktikal dan relevan.

6. Berterusan (ongoing).

2. MENGAPA guru melakukan KT?

a. Untuk melibatkan guru-guru dan bakal guru-guru secara bekerjasama dalam perbincangan berdasarkan masalah tentang pengajaran dan pembelajaran.

b. Untuk mengintegrasikan pengalaman mengajar mereka dengan penyelidikan terkini dan teori pembelajaran.

c. Untuk memperkenalkan mereka kepada tujuan-tujuan dan kaedah-kaedah Penilaian Bilik Darjah dan Classroom Research untuk penggunaan dalam bilik-bilik darjah mereka sendiri.

d. Bagi membawa guru-guru dan bakal guru-guru bersama-sama dalam komuniti pengajaran untuk berkongsi wawasan dan pengalaman-pengalaman.

e. Untuk melengkapi pengalaman-pengalaman mereka yang luas dengan ilmu-ilmu penyelidikan dan juga teori .

f. Bagi menggalakkan kajian yang berterusan oleh guru-guru melalui Penilaian Bilik Darjah dan Classroom Research.

g. Melalui kajian tindakan ini, guru dapat mempelajari bagaimana untuk menjadi guru yang lebih efektif dan pelajar juga dapat mempelajari bagaimana untuk menjadi pelajar yang efektif.

h. Untuk memperbaiki kualiti pelajaran lepasan ijazah.

i. Kajian bilik darjah ini adalah sebagai pengalaman pembelajaran yang produktif untuk guru dan juga pelajar.

3. BAGAIMANA guru melakukan KT?

Kajian bilik darjah di dalam buku ini telah dipersembahkan melalui satu format yang unik.

Pertama, bagi memberi guru-guru satu perbincangan fokus berkumpulan tentang masalah pengajaran yang biasa, dipersembahkan empat kes yang berasingan, empat cerita tentang situasi pembelajaran bilik darjah, ditulis oleh guru-guru kolej yang berpengalaman daripada pelbagai disiplin akademik. Situasi-situasi tersebut mudah untuk dikenalpasti tetapi , bukan dengan mudah menyelesaikan. Ia memerlukan perbincangan dan menggalakkan guru-guru turut sama dalam perbincangan-perbincangan itu untuk bertukar-tukar idea dan pendapat tentang kes-kes tersebut.

Kedua, untuk mengintegrasi pengalaman guru-guru dengan penyelidikan dan teori, bagi setiap kes terdapat ulasan ringkas tentang kajian pembelajaran yang berkaitan, diikuti oleh satu senarai catatan bacaan-bacaan selanjutnya.

Ketiga, untuk setiap kes beberapa kaedah dicadangkan kepada guru-guru untuk membuat kajian dengan lebih lanjut mengenai isu-isu pembelajaran melalui penilaian bilik darjah mereka sendiri dan penyelidikan bilik darjah.

4. Di mana guru melakukan KT?

Guru melakukan kajian ini adalah berdasarkan kepada situasi yang berlaku di dalam bilik darjah.

Di dalam buku ini, kajian dilakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman guru-guru dengan para pelajarnya di dalam kelas. Pengalaman tersebut dipersembahkan dalam bentuk kajian kes. Sebelum melakukan kajian bilik darjah, setiap kajian kes tersebut telah dirangka dengan perkara berikut:

  1. Persembahan kes.
  2. Analisis kes termasuklah rumusan beberapa hipotesis yang munasabah tentang masalah-masalah pembelajaran tersebut.
  3. Ulasan tentang maklumat kajian yang bersesuaian untuk hipotesis masing-masing.
  4. Mencadangkan pembacaan yang bersesuaian untuk setiap hipotesis.
  5. Ilustrasi tentang Penilaian Bilik Darjah.
  6. Cadangan untuk Kajian Bilik Darjah yang bersesuaian untuk setiap hipotesis.

6. Kumpulan sasaran KT?

  1. Pembaca individu.
  2. Pelajar di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran.
  3. Kumpulan pembangunan kemahiran.
  4. Program-program bantuan guru.
  5. Kumpulan kolej secara tidak formal.
  6. Kumpulan Penilaian Bilik Darjah dan Kajian Bilik Darjah.

7. Prosuder kajian bilik darjah

a. Mengenal pasti masalah -masalah yang dihadapai oleh setiap pelajar atau guru dikenal pasti melalui pencapaian pelajar atau penyertaan pelajar di dalam bilik darjah.

b. Mereka bentuk kajian yang akan menerangkan bagaimana kajian ini akan dijalankan.

c. penilaian terhadap hipotesis yang dibentuk bagi mengenal pasti sama ada situasi sebenar di dalam bilik darjah adalah sama atau tidak dengan hipotesis yang dibentuk tadi. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan mengandaikan bahawa pelajar-pelajar lain juga menghadapi masalah seperti mana pelajar yang dinyatakan dalam kes ini.

d. Menyelesaikan masalah / bertindak dengan memberi nasihat kepada pelajar atau guru yang bermaslah agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

8. Sample
Memandangkan buku ini melibatkan kajian kes, keempat-empat kes yang dipaparkan dalam buku ini melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru.

a. Kes pertama (" The Leslies") :- kes ini melibatkan seorang pelajar bernama Leslie yang menghadapai masalah di mana dia memperolehi gred D bagi ujian pertengahan semester untuk subjek ekonomi walaupun dia telah berusaha keras belajar.

b. Kes kedua (" The Captive Audience") :- kes ini pula melibatkan kajian seorang guru bernama Jean Hastings yang menghadapi masalah dengan murid-muridnya yang tidak berminat untuk masuk ke dalam makmal Fizik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

c. Kes ketiga ("But is it Working") :- kes ini juga melibatkan dua orang guru, Sam Marston dan Susan Green yang ingin mengubah cara pembelajaran sejarah di dalam bilik darjah bagi mengubah perspektif pelajar-pelajar untuk belajar subjek ini.

d. Kes keempat (" The challenge") :- Kes ini menceritakan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh oleh guru dan pelajar-pelajar semasa di dalam bilik darjah dan boleh dijadikan satu persoalan dan seterusnya membentuk masalah untuk dijadikan kajian bilik darjah.

9. Pengumpulan dan Penganalisaan Data
Teknik pengumpulan data yang digunakan oleh buku ini adalah menggunakan kaedah Classroom Assessment Technique (CAT). CAT bukan sahaja mampu memberikan maklumat yang berguna malah mempunyai potensi untuk menarik minat pelajar untuk mereflek kepada strategi pembelajaran yang efektif. Antara contoh-contoh CAT adalah seperti berikut:

a. Selang selikan pengajaran (punctuated lecture) :- kaedah ini merupakan cara untuk membaiki pemerhatian yang dilakukan di dalam bilik darjah untuk mengumpul data tentang pembelajaran pelajar dan perhatian yang diberikan semasa kelas. Di sini guru dan pelajar akan terlibat dengan 5 langkah iaitu, mendengar, berhenti, refleksi, menulis dan memberi maklum balas.

b. Buku log pembelajaran :- buku log pembelajaran ini akan digunakan oleh pelajar-pelajar untuk merekodkan respon mereka terhadap aktiviti P & P pada hari tersebut. Respon tersebut boleh dibahagikan kepada dua, satu bahagianakan digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menulis senarai-senarai apa yang mereka fahami daripada pembelajaran pada hari tersebut. Kedua adalah senarai-senarai points yang dirasakan tidak jelas oleh pelajar-pelajar. Buku log ini akan memberi maklumat kepada guru mahupun pelajar itu sendiri tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka.

c. Tinjauan :- Tinjauan terhadap keyakinan diri pelajar terhadap kursus yang diambil juga boleh dijalankan dalam usaha mengumpul data. Tinjauan ini dilakukan untuk melihat keyakinan diri pelajar terhadap sesuatu topik di dalam kursus tersebut. Tinjauan ini akan menyenaraikan tahap keyakinan pelajar sama ada rendah, sederhana dan tinggi.

Guru boleh menganalisis data yang diperolehi atau yang telah dikumpulkan dengan:
a. menggunakan borang yang akan disimpan oleh guru dan pelajar semasa membuat refleksi. Pelajar-pelajar akan menggunakan borang tersebut sebagai penilaian prestasi mereka sepanjang semester tersebut sebagai cabaran untuk penambah baikan.

b. Data yang diperolehi boleh dianalisis dengan menggunakan kaedah jadual (tabulation). Kaedah jadual yang digunakan memudahkan lagi proses penganalisaan dilakukan kerana ianya lebih mudah untuk dilihat dan dinilai. Oleh itu, guru mampu bertindak dengan lebih pantas untuk memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti dan telah dijadualkan.

c. Skala. Penggunaan skala juga mampu membantu guru untuk menganalisis data yang diperolehi. Kaedah laporan kendiri yang mempunyai 10 skala seperti perasaan gelisah, pengurusan masa, motivasi, pengurusan maklumat, memilih idea utama, sikap, perhatian, strategi menjawab ujian, alat bantu belajar dan ujian kendiri. Selain itu, kaedah skala Likert juga digunakan sama ada 5 atau 7 di mana skala tertinggi menunjukkan sesuatu yang lebih tinggi berbanding angaka yang rendah seperti 1.

d. Maklumat yang diperolehi melalui tinjauan dapat dianalisis dengan lebih mudah dengan menggunakan graf selain dapat melihat perhubungannya dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lain.

No comments:

Post a Comment