Islamic Widget

Sunday, November 22, 2009

AKTIVITI 4: TUGASAN 4 MINI KT

CADANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN MIKRO YANG MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:

"WINDOWS MOVIE MAKER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"


PESERTA KAJIAN:

Pelajar tingkatan 4 bagi subjek Perdagangan dan Matematik

SETTING KAJIAN:

Di dalam Bilik Darjah dan maklmal komputer


AKTIVITI 3: KOLOKIUM

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM DPLI AMBILAN JANUARI 2009

TAJUK PEMBENTANGAN 1:

MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI TEKNIK GUBAHAN LIRIK LAGU

Nama Pembentang : ROBIAH BINTI MOHAMAD & SITI HAJJAR HASNAA BINTI YAHYA
Sekolah : SMK Desa Perdana, Kuala Lumpur

1.0 PERNYATAAN MASALAH

~Pengkaji mencari teknik P&P yang sesuai untuk digunakan di dalam bilik darjah supaya dapat menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

~Pengkaji cuba menggunakan teknik gubahan lagu di dalam proses P&P agar dapat membantu pelajar menguasai topik-topik di dalam Pendidikan Islam.


2.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL KAJIAN

2.1 Metodologi
Pengkaji menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart yang mengandungi beberapa langkah iaitu:
  • Merancang
  • Tindakan
  • Pemerhatian
  • Refleksi

2.2 Setting Kajian
Kitaran 1
• Guru menggubah sendiri lirik lagu berdasarkan satu topik dalam Pendidikan Islam dan merakamkan lagu tersebut mengikut melodi satu lagu popular yang dipilih.
• Guru memperdengarkan dan mengedarkan lirik lagu tersebut kepada semua pelajar dan meminta pelajar untuk menyanyikannya secara beramai-ramai.

Kitaran 2
• Guru meminta pelajar sendiri yang menggubah lirik lagu mengikut topik yang diberikan.
• Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan.
• Setiap kumpulan perlu menggubah lirik dan menyanyikannya mengikut melodi lagu popular yang dipilih sendiri oleh pelajar mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan diberikan tempoh selama 2 minggu.
• Setiap kumpulan membuat persembahan dalam bentuk pertandingan dan pemenang diberikan ganjaran.

2.3 Sampel Kajian
Pengkaji menggunakan seramai 25 orang pelajar tingkatan 2 SMK Desa Perdana sebagai sampel kajian.

3.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Pengkaji mengumpul dan membuat analisis kajian melalui:
• Rakaman Audio
- Di awalnya pelajar merasa kekok dan sukar untuk menghayati lirik lagu tetapi dalam masa yang sama begitu teruja.
• Rakaman video
- Pelajar menunjukkan semangat yang tinggi untuk menyanyi lagu ciptaan sendiri.
- Pelajar melibatkan diri secara aktif dalam tugasan yang diberi.
• Pemerhatian
- Pelajar tidak bosan dan berasa seronok.
- Selalu bertanyakan guru.
- Menunjukkan semangat berkumpulan yang tinggi.
• Temubual
- Pengkaji menemubual seramai 5 orang pelajar untuk menyelami perasaan mereka setelah teknik ini dijalankan.
- Mendapat respon yang baik daripada semua pelajar.

4.0 IMPLIKASI KAJIAN
*Pelajar sangat seronok melakukan tugasan yang diberi kerana sedikit mencabar.
*Setiap ahli memberikan respon yang positif dan sentiasa aktif melibatkan diri.
*Pelajar mudah mengingati topik yang dipelajari melalui lirik lagu yang digubah sendiri.
*Sistem ganjaran yang digunakan menaikkan lagi semangat pelajar.

5.0 APA YANG DAPAT DIPELAJARI
Pelajar-pelajar lebih berminat sekiranya terdapat kelainan di dalam kaedah pengajaran terutamanya yang menyeronokkan dan mencabar minda mereka. Oleh yang demikian, guru seharusnya kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya apa yang diajar sampai kepada pelajar dengan berkesan dan lebih bermakna.

6.0
PENDAPAT DAN KOMEN
Tajuk kajian ini memang sesuai dengan kajian tindakan yang dilakukan. Teknik gubahan lagu mampu untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajaran yang dipersembahkan. Pelajar juga dapat memberikan respon yang positif terhadap tugasan yang diberikan oleh guru. Secara tidak langsung, pembelajaran yang dijalankan melalui teknik gubahan lagu ini berkesan untuk membuatkan pelajar-pelajar dapat berfikir secara kreatif dan kritis di samping meningkatkan pemahaman pelajar tersebut dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di dalam kelas.
Kebaikan menggunakan kaedah ini adalah dapat mengurangkan masalah disiplin dan gangguan pelajar di bilik darjah semasa pengajaran dilaksanakan kerana mereka terlibat secara langsung. Kelemahannya pula adalah kerana tidak semua topik di dalam subjek ini sesuai untuk diajar melalui teknik ini dan sekiranya teknik ini diajar secara berterusan mungkin ia akan mengundang kebosanan kepada pelajar itu sendiri.


TAJUK PEMBENTANGAN 2

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS DAN MEMBACA JAWI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 MELALUI KAEDAH SIMULASI KOMPUTER

Nama Pembentang : MOHD SARHAN ISMAIL (P48693), NUR BAITI ANUM MOHD SHAFIE (P48615) dan ROSMIZA RIOH (P48604)

Sekolah : SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG

1.0 PERNYATAAN MASALAH

Pengkaji ingin mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam menulis dan membaca Jawi. Ini adalah kerana pelajar-pelajar didapati masih menghadapi masalah dalam menyambungkan huruf-huruf Jawi dengan betul serta keliru untuk menulis perkataan rumi ke dalam tulisan Jawi.

2.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL KAJIAN


2.1 Metodologi

Pengkaji menggunakan beberapa kaedah yang mengandungi beberapa langkah iaitu:

· Simulasi komputer

· Kad imbasan (Flash card)

· Lembaran


2.2 Setting Kajian

Kaedah pengajaran melalui simulasi komputer memberi peluang kepada pelajar untuk belajar menyebut setiap huruf jawi dengan mengikut animasi yang ditunjukkan. Manakala melalui kad imbasan pula, pelajar-pelajar akan dipilih secara rawak untuk tampil ke hadapan dan guru meminta pelajar memilih huruf jawi bersama dengan perkataan dalam rumi. Sebelum pelajar diberikan ujian jawi, setiap pelajar terlebih dahulu diberikan satu set lembaran (jadual) yang mengandungi huruf-huruf jawi beserta dengan penggunaannya dalam perkataan. Pelajar akan diberi masa untuk meneliti lembaran tersebut sebelum ujian dijalankan.


2.3 Sampel Kajian

Pengkaji menggunakan seramai 28 orang pelajar tingkatan 2 SMK Bandar Baru Sungai Long sebagai sampel kajian.


3.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA


3.1 Pengkaji mengumpul data melalui:

· Borang pemerhatian guru

Pemerhatian dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah dan penilaian adalah dibuat berdasarkan pemerhatian daripada guru sendiri terhadap pelajarnya.

· Hasil lembaran kerja pelajar

Guru juga mengumpul data melalui hasil lembaran kerja daripada pelajar.

· Borang temubual pelajar

Temubual diadakan terhadap pelajar untuk mengenalpasti bagaimana respon daripada mereka dan meminta pendapat serta pandangan mereka mengenai aktiviti P&P tersebut.

· Ujian Jawi 1 dan 2

Ujian Jawi telah diadakan bagi mengumpul data kuantitatif bagi setiap orang pelajar dalam mengenalpasti tahap pencapaian mereka setelah aktiviti P&P ini dijalankan.


3.2 Penganalisisan Data

· Melalui data terkumpul yang dijalankan terhadap 28 orang pelajar tingkatan 2, didapati bahawa menerusi ujian Jawi 1 iaitu sebelum kajian dijalankan, peratusan pelajar yang mendapat skor 10-12 adalah sebanyak 35.7%. tetapi setelah kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah simulasi, peratusannya telah meningkat kepada 53.6%. Maka dapatlah dilihat di sini bahawa terdapat peningkatan dalam peratusan pelajar yang menunjukkan keberkesanan kaedah simulasi ini.


4.0 IMPLIKASI KAJIAN


a) Kaedah Simulasi Komputer

Melalui kaedah ini, para pelajar kelihatan lebih semangat dan menunjukkan minat serta memberi respon yang positif serta memberangsangkan sepanjang proses P&P di dalam bilik darjah. Kaedah ini dilihat dapat membantu pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan membaca dan menulis Jawi dengan baik.


b) Kad Imbasan

Melalui kad imbasan yang digunakan di dalam bilik darjah banyak membantu para pelajar yang lemah dalam penulisan dan pembacaan Jawi dengan mudah dapat mengingati huruf-huruf jawi.


5.0 APA YANG DAPAT DIPELAJARI:

Melalui kaedah simulasi yang digunakan ini, pelajar-pelajar bukan sahaja dapat mempelajari dan mengingati huruf-huruf Jawi dengan mudah, tetapi di samping itu ia turut mendedahkan pelajar dengan teknologi terkini kerana menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar. Oleh yang demikian adalah menjadi tugas guru untuk memperkembangkan lagi minda pelajar tanpa mengabaikan teknologi sebagai asas dalam pendidikan.


PENDAPAT DAN KOMEN

Kajian tindakan dengan menggunakan kaedah simulasi komputer juga adalah bersesuaian dengan konsep kajian tindakan itu sendiri. Melalui kaedah simulasi komputer ini, ia bukan sahaja dapat menarik minat pelajar terhadap penulisan jawi, tetapi juga dapat memberi pendedahan terhadap penggunaan teknologi komputer yang amat penting pada masa kini. pelajar juga menunjukkan semangat yang tinggi semasa proses P&P dijalankan. Secara kesimpulannya, kaedah ini berkesan untuk digunakan di dalam bilik darjah kerana ia dapat memberikan pengajaran yang jelas terhadap penulisan jawi ini. Melalui kaedah simulasi komputer ini juga dapat memperkembangkan lagi kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan juga menulis dengan adanya kemudahan program komputer yang mempunyai warna, grafik, dan juga suara. Tetapi terdapat juga sedikit kelemahan di mana simulasi komputer ini mengambil masa yang lama untuk disediakan.

Sunday, November 8, 2009

AKTIVITI 2 : ULASAN JURNAL

JURNAL 1

JURNAL 2

JURNAL 3

Contoh kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis

Coming to Terms with the Online Instructional Revolution:

A Success Story Revealed Through Action Research

By: Eddie Lunsford and Kimberly Bolton

Reflection-in-and-on-Action in Participatory Action

Research: Toward Assessment for Learning

By: Penny Singh

Using Action Research to Implement the National

Geography Standards: Teachers as Researcher

By: Sarah Witham Bednarz

Apakah masalah yang dijadikan kajian?

Kertas ini membentangkan tentang kajian tindakan dan hasil dari projek kajian tindakan guru mengenai perkembangan dan penilaian terhadap kursus biologi dalam talian kepada pelajar yang tidak mengkhusus dalam bidang tersebut (non-majors).

Tujuan kajian ini adalah untuk mengemukakan alasan penggunaan penaksiran lisan dalam subjek sains sebagai satu keadilan, pendekatan boleh dipercayai dan sahih kepada taksiran. Kajian ini mendapati bahawa sifat interaktif penaksiran lisan membawa kepada pembelajaran kandungan yang bertambah baik untuk pelajar-pelajar daripada teman-teman sebaya dan kepada penaksir-penaksir.

Kajian tindakan ini dibuat dengan tujuan mengemukakan sebab-sebab untuk penggunaan kajian tindakan di dalam pendidikan Geografi. Penerokaan awal terhadap kajian tindakan berdasarkan pembangunan kakitangan professional (guru-guru) adalah dihuraikan.

Sample dan Setting Kajian

Penyelidikan itu mengambil tempat dalam satu kolej komuniti kecil dan membandingkan antara format-format pengajaran dalam talian dan juga tradisional.

Ada 9 peserta dalam setiap kumpulan.

Seratus lima puluh tujuh orang pelajar daripada School Life dan Environmental Sciences di University of Natal (kini University KwaZulu-Natal) dan 131 orang pelajar daripada Fakulti Sains Kesihatan di Sultan ML Technikon (kini Universiti Teknologi Durban) mencukupkan sampel. Seratus peratus pelajar-pelajar dalam setiap kelas dijadikan sampel.

Sampel dibuat terhadap guru dalam 20 bilik darjah, daripada sekitar negeri Texas, berkumpul untuk satu latihan kediaman tradisional satu minggu yang menumpukan kepada taksiran berdasarkan prestasi.

Bagaimana kajian dilakukan?

Kursus ini adalah dibangunkan sepenuhnya tertumpu dalam format web. Selepas pengajaran satu semester, para peserta telah ditaksir dengan 50 ujian pelbagai pilihan yang berkaitan dengan isi kefahaman yang telah diperolehi di dalam kursus tersebut. Skor mereka kemudiannya dibandingkan dengan pelajar-pelajar dalam format bilik darjah (tradisional).

Untuk kajian ini, penaksiran lisan telah dijalankan di dua institusi-institusi tinggi di Afrika Selatan di mana bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar.

Program itu mengandungi tiga fasa-fasa kerja:

(1) bengkel latihan,

(2) ujian-ujian lapangan, dan

(3)refleksi selama enam bulan mengikuti latihan

Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data?

Di dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat adakah kandungan pengetahuan yang diperolehi daripada pembelajaran subjek biologi berasaskan dalam talian adalah sama dengan pembelajaran secara tradisional iaitu di dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan pelajar-pelajar daripada non-major dalam kursus biologi sebagai sampel untuk dibuat penyelidikan.

Selepas pengajaran satu semester, para peserta telah ditaksir dengan 50 ujian pelbagai pilihan yang berkaitan dengan isi kefahaman yang telah diperolehi di dalam kursus tersebut. Skor mereka kemudiannya dibandingkan dengan pelajar-pelajar dalam format bilik darjah (tradisional).

Terdapat sejumlah sepuluh orang penilai dan penyertaan mereka dalam kajian ini adalah secara sukarela. Kajian perlu dihadkan dalam terma penduduk (Sains) dan lokasi geografi (Durban) untuk memastikan semuanya berjalan mengikut jadual. Soal selidik dan fokus perbincangan kumpulan adalah digunakan untuk menghimpunkan data dari seluruh pelajar-pelajar itu dan juga penaksir-penaksir dalam kajian tentang respon mereka terhadap penggunaan teknik penaksiran lisan, pengalaman-pengalaman individu mereka, sikap dan perasaan mereka serta data tentang riwayat hidup mereka.

Teknik-teknik yang digunakan dalam kajian tindakan guru:

-pemerhatian

-kajian kes

- jurnal

-video tape

-teknik laporan kendiri

-soal selidik

-temuduga

-senarai semak

-analysis

-brainstorming

-group discussions

-refleksi

-borang penilaian guru dan pelajar

-ujian lapangan


Hasil daripada data-data tersebut, laporan dan juga komen-komen daripada guru yang menggunakan kaedah kajian ini adalah dianalisis.

Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian?

Min dan julat skor ujian antara kumpulan non-majors ditunjukkan di dalam jadual. Manakala perbandingan skor ujian antara kumpulan ditunjukkan dalam bentuk carta bar. Hasil dapatan mendapati min ujian terhadap pelajar nonmajor adalah sebanyak 69.77, manakala untuk pelajar dari major biologi adalah sebanyak 70.00. terdapat sedikit sahaja perbezaan di antara keduanya.

Pengkaji memaparkan dapatan kajian melalui respon yang diberi oleh pelajar-pelajar.

Hasil dapatan mendapati majoriti daripada pelajar-pelajar (84% di universiti dan 78.5% di technikon) memberi respon yang positif terhadap pembelajaran secara oral ini.

Pengkaji memaparkan dapatan dalam bentuk laporan dan juga komen daripada guru-guru.

Hasil dapatan didapati bahawa guru-guru banyak memberikan respon yang positif terhadap penggunaan kajian tindakan ini kerana ia banyak membantu mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal

Kajian ini mengemukakan masalah berhubung dengan keberkesanan pembelajaran melalui online dan membandingkannya dengan pembelajaran secara tradisional.

Kajian ini ingin memperkuatkan alasan bahawa pembelajaran secara oral di dalm subjek sains adalah lebih berkesan berbanding dengan pembelajaran secara bertulis kerana ia melibatkan perbincangan secara berkumpulan mengenai sesuatu topik di dalam subjek sains.

Di dalam kajian ini, guru-guru mengkaji masalah yang timbul semasa pembelajaran subjek Geografi dan melakukan penaksiran terhadap pelajar-pelajarnya sendiri dan seterusnya berbincang dan berkongsi masalah tersebut dengan guru-guru lain untuk mencari penyelesaian.

Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian?

Pengkaji melakukan ujian dengan menggunakan internet sebagai medium pembelajaran secara online.

Pengkaji melakukan ujian menggunakan soal selidik dan fokus perbincangan kumpulan.

Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah kajian termasuklah pemerhatian, temubual, analisis, video taping, brainstorming dan sebagainya.

Apa yang dipelajarai daripada ketiga-tiga jurnal?

Bentuk pengajaran dan pembelajaran boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk termasuklah melalui penggunaan teknologi.

Kajian ini adalah bersesuain dengan teori perkembangan iaitu konstruktivisme yang menekankan tentang pembelajaran melalui pengalaman pelajar itu sendiri.

Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mengkaji masalah yang timbul dan bersama-sama mencari jalan keluar untuk permasalah tersebut bagi membantu tahap perkembangan pembelajaran pelajar itu sendiri.



JURNAL 1

Coming To Terms With The Online Instructional Revolution: A Success Story Revealed Through Action Research

By : Eddie Lunsford & Kimberly Bolton

Kertas kajian ini menerangkan tentang kursus tindakan dan hasil projek guru berdasarkan kajian tindakan yang di mana ia memberi penekanan terhadap peningkatan dan penilaian pengajaran biologi secara online bagi mereka yang bukan major dalam bidang tersebut. Kajian ini dijalankan dalam komuniti kolej yang kecil dan format-format penyampaiannya dibandingkan dengan yang secara tradisional. Setelah setahun penyampaian tersebut dijalankan, pelajar adalah dinilai berdasarkan 50 item dengan ujian pilihan yang pelbagai berdasarkan apa yang telah dipelajari di dalam kursus tersebut. Format kajian mungkin boleh diguna pakai untuk melihat isu-isu berkaitan dengan menggunakan pengajaran secara laman sesawang.

Jurnal 2

Reflection-in-and-on-Action in Participatory Action Research: Toward Assessment for

Learning

By: Penny Singh

Artikel ini adalah berkenaan penggunaan penaksiran secara lisan untuk pembelajaran dengan menggunakan pendekatan secara refleksi in and on dalam satu rangka kerja penyelidikan kajian tindakan. Tujuan kajian ini adalah untuk memberi alasan terhadap penglibatan penaksiran lisan dalam sains sebagai satu keadilan, pendekatan boleh dipercayai dan sahih kepada taksiran. Kajian ini mendapati bahawa sifat interaktif penaksiran lisan membawa kepada kandungan pembelajaran yang bertambah baik untuk pelajar-pelajar termasuklah teman-teman sebaya dan juga penaksir-penaksir. Penaksir-penaksir juga mempelajari tentang pelajar-pelajar mereka sebagai individu, amalan-amalan pembelajaran mereka dan mengkritik pengajaran mereka daripada penaksiran lisan.

Pengajaran yang bernilai dipelajari untuk pengajaran berkumpulan secara kolaboratif dan membuat penilaian untuk memberi manfaat kepada penaksir-penaksir dan juga pelajar-pelajar. Kajian ini juga mendapati tindakan penyelidikan memberikan penaksir-penaksir satu cara untuk melakukan benda baru dan memberi kuasa kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan dalam bilik-bilik darjah mereka sendiri, dengan rakan-rakan mereka dan juga pelajar-pelajar mereka.


JURNAL 3

Using Action Research to Implement the National Geography Standards: Teachers as Researcher

By: Sarah Witham Bednarz

ABSTRAK

Kajian Tindakan adalah ditakrifkan sebagai inkuiri berdasarkan bilik darjah secara sistematik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diterima oleh guru. Ia boleh dijadikan sebagai satu komponen dalam pendidikan, terutama pembangunan kakitangan professional. Artikel ini telah mengemukakan pandangan kepustakaan terhadap kajian tindakan supaya dapat digunakan dalam pendidikan Geografi ini. Satu penerokaan awal terhadap kajian tindakan berdasarkan pembangunan kakitangan professional adalah dihuraikan di dalam artikel ini. Keputusan-keputusan projek itu menunjukkan kajian tindakan itu adalah berpotensi dan berguna sebagai satu cara untuk memberi panduan kepada guru-guru untuk membuat refleksi terhadap amalan mereka.


PEDAGOGICAL REASONING, CREATIVITY AND COOPERATIVE LEARNING IN THE VISUAL ART CLASSROOM
By. Kerrie Corcoran and Cheryl Sim


Jurnal ini merupakan laporan kajian tindakan yang menggabungkan pendekatan proses-hasil untuk meningkatkan pembelajaran dengan amalan reflektif. Sebuah sekolah Queensland, subjek Senior Menengah Seni Visual adalah didasarkan pada kurikulum yang menghuraikan piawaian-piawaian bagi guru-guru untuk menilai kemampuan kreativiti pelajar. Oleh yang demikian, pedagogi yang menyokong perkembangan kreativiti merupakan bahagian integral kejayaan pelajar. Kajian tindakan ini berpusatkan pengajaran eksplisit bagi model pembelajaran kooperatif yang bertujuan untuk memudahkan pelajar berkreativiti dalam seni pembuatan. Salah satu tujuan kajian tindakan dilakukan ialah menilai kreativiti guru menerapkan model pembelajaran kooperatif. Melalui analisis berdasarkan bukti yang dikumpul, didapati guru mengiktiraf andaian sendiri berkaitan pelajar dan isi pengajaran dalam pembuatan keputusan pedagoginya. Dapatan kajian mendapati pembelajaran dan pengajaran secara kreatif boleh dicapai sekiranya guru memahami pedagogi pengajaran masing-masing.


ACTION RESEARCH IN THE SECONDARY SCIENCE CLASSROOM: STUDENT RESPONSE TO DIFFERENTIATED, ALTERNATIVE ASSESSMENT
By: Faith H. waters, Patricia S. Smeaton, Todd G. Burns

Jurnal ini berkaitan kajian tindakan di bilik darjah melibatkan persepsi pelajar yang berbeza-beza, alternatif model penilaian di kelas Sains sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar memilih yang berbeza-beza, berbanding penilaian secara tradisional melalui alternatif model penilaian lain. Unsur yang menjadi keutamaan pelajar ialah pilihan, peningkatan pembelajaran dan pengalaman yang luas.



ACHIEVING TRANSFORMATIVE SUSTAINABILITY LEARNING : ENGAGING HEAD, HANDS AND HEART
By: Yona Sipos, Bryce Battisti, Kurt Grimm

Kajian ini melihat kepada objektif pembelajaran yang dapat diintegrasikan dalam kurikulum sedia ada. Ia melibatkan kepala, tangan dan hati iaitu keseimbangan kognitif, psikomotor dan domain afektif. Program universiti dan kursus menunjukkan objektif pembelajaran yang dikenali sebagai kesinambungan transformatif belajar (Transformative Sustainability Learning-TSL).

Pendekatan yang digunakan secara praktikalnya, TSL muncul dari pendidikan tradisional dan transformasi pendidikan. TSL ini muncul dari kolaborasi dalam usaha untuk membolehkan peralihan kepada eksplisit berorientasikan kemanpanan pendidikan tinggi. Melalui kajian tindakan, berasaskan masyarakat, pengalaman belajar yang diterapkan merupakan proses kitaran inovasi, implementasi dan refleksi. Kajian mendapati kemajuan kepala, tangan dan hati sebagai prinsip pengorganisasian yang digunakan untuk mengintegrasikan kajian transdisciplinary (kepala), kemahiran berkongsi dan pengembangan kemahiran (tangan) dan terjemahan daripada semangat dan nilia kepada tingkah laku (hati). Perkembangan kognitif untuk memahami TSL sebagai rangka penyatuan yang berkaitan kemapanan dan pedagogi transformatif.



ACTION RESERCH : AN APPROACH FOR THE TEACHER IN HIGHER EDUCATION
By : Yasmeen G, Dept. of Physiology, University of Karachi

Menurut penyelidik, masalah yang sering melanda setiap kali pelajar mengambil subjek Biostatistik saban tahun ialah mereka berasa subjek ini sangat sukar untuk dipelajari dan membebankan. Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan sangat mendukacitakan. Bagi pandangan pelajar subjek ini sangat menakutkan mereka. Pelajar yang bijak pun tidak mendapat markah yang baik. Jadi kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti punca pandangan negatif ini dan mengubah pandangan mereka ini supaya lebuh positif. Selain itu ialah untuk mencari cara bagaimana meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek ini.

Pengkaji telah menggunakan konsep PAR Iaitu Practikal Action Research. PAR juga disamakan dengan Participatory action Research, Collaborative Action Research Action Learning dan sebagainya. Pendekatan ini menggabungkan pelajar dan guru bersama-sama melakukan kajian dalam kelas mereka dan melihat keberkesanan kajian pendekatan mereka pada akhirnya. Guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar sebagai co-learners. ( so, nobody considered the expert).

Setelah perbincangan diadakan, semua bersetuju untuk menulis formula di belakang buku nota mereka. Setiap formula ditulis juga bila hendak mnggunakan dan bagaimana menggunakan formula tersebut. Guru pula akan menyoal pelajar setiap kali sebelum memulakan P&P.



IMPROVING CRITICAL THINKING SKILLS IN HISTORY
By : Carl Savich, Oakland University

Kajian yang telah dilakukan pengkaji ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal dalam kelas Sejarah di peringkat sekolah menengah. Pelajar-pelajar mendapati subjek sejarah ini membosankan dan menyebabkan mereka pasif di dalam kelas. Kajian ini dilakukan untuk mencari strategi pembelajaran, teknik dan kaedah yang paling efektif. Kajian dijalankan ke atas dua kumpulan pelajar. Satu kumpulan akan diajar menggunakan kaedah kuliah (lecture) dan kumpulan yang satu lagi diajar menggunakan kaedah penyoalan. Kriteria yang akan diembil kira ialah samada pelajar mampu untuk menganalisis, menilai dan memahami konsep bukan sahaja menghafal sesuatu fakta.

Pencapaian dibuat melalui kuiz, ujian dan tugasan yang diberikan kepada kedua-dua kumpulan ini. Keputusan yang diperolehi menunjukkan keputusan pelajar yang diajarkan dengan kaedah pembelajaran penyoalan mendapat keputusan yang lebih tinggi daripada kumpulan pelajar yang menggunakan kaedah kuliah. Kesimpulannnya, kemahiran pemikiran kritikal akan berkesan untuk mendalami sesuatu topik itu manakala kaedah kuliah sesuai untuk pengenalan dan latar belakang sesuatu topic tersebut.




SUPPORTING ACADEMIC IMPROVEMENT AMONG EIGHTH GRADERS AT RISK FOR RETENTION: AN ACTION RESEARCH INTERVENTION

By: E. C. M. Mason, DePoul University & H. George McMahon, University of South Alabama


Terdapat pelbagai rungutan diterima daripada guru-guru gred 8 berkenaan pencapaian pelajar yang sangat lemah. Pelajar juga tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, menghantar projek yang tidak sempurna, dan pelbagai masalah yang lain. Peranan guru kaunseling atau kaunselor di sekolah semakin dituntut peranannya. Oleh itu kaunselor telah digesa memainkan peranan yang lebih agresif bagi membuktikan keberkesanan mereka dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan sahsiah terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak mencapai tahap minimum yang diperlukan. Hal ini telah membawa kajian ini yang akan melihat kepada hubungan antara kaedah khidmat kaunseling terhadap pencapaian para pelajar.
Penyelidik adalah juga seorang guru kaunseling. Penyelidik melakukan kajian tindakan dengan cara memberikan kaunseling kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran untuk meningkatkan pencapaian atau gred mereka. Penyelidik menggunakan kaedah kaunseling dengan pendekatannya tersendiri untuk mendekati pelajar-pelajar terbabit. Sampel kajian adalah seramai 52 orang pelajar yang pencapaian dalam gred adalah lemah dan dilakukan di dalam bilik kaunseling.