Islamic Widget

Saturday, December 12, 2009

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 MINI KT

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME


Pendekatan konstruktivisme tertumpu di bilik darjah dimana pelajar didedahkan kepada peluang-peluang untuk belajar dan menilai dan mengakomodasi maklumat dan ilmu pengetahuan ke arah pemahaman yang lebih kukuh. Pendekatan ini membantu pelajar kearah perkembangan pemikiran pelajar. konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.


Prinsip-prinsip Konstruktivisme adalah seperti berikut:

1. Pengetahuan dibina pelajar.

2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.

3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.

5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.

6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.

7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.

8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.


PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF

a. Pelajar belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan.

b. Pelajar saling berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran

c. Pelajar melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan

d. Pelajar bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)


PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF

a. Pelajar berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama

b. Pembelajaran secara kumpulan kecil, berbagai kebolehan

c. Matlamat intelek, sosial dan penyelesaian masalah disiplin bilik darjah

d. Pembelajaran dapat ditingkatkan, kerjasama dapat dipupuk, masalah disiplin dapat dikurangkan

PELAKSANAAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF

- Aktiviti pembelajaran sekumpulan murid dibawah bimbingan guru, bertukar-tukar idea melalui perbincangan, menyumbang kemahiran masing-masing dalam mencapai matlamat kumpulan.

- Kumpulan yang pelbagai kebolehan bekerjasama dan tolong menolong bagi menyelesaikan sesuatu projek pembelajaran

- Sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan daripada uasaha secara sendiri

- Empat kriteria asas untuk pelaksanaan pembelajaran koperatif dan kolaboratif : Semangat kebergantungan, Kemahiran sosial, Kesedaran tanggungjawab individu dan Penilaian kumpulan

- Membahagikan murid dalam kumpulan yang sesuai dan beri nama setiap kumpulan

- Kumpulan terdiri murid pelbagai kebolehan

- Nyatakan objektif pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan langkah-langkah melaksanakan aktiviti

- Nyatakan kemahiran kerjasama yang diperlukan

- Tegaskan panilaian kumpulan, kerjasama diperlukan dalam pembelajaran berkumpulan


TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)

Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara. Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi sebagai contoh guru menunjukkan cara membuat movie maker.

Sebelum demonstrasi – topik, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi.

Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan, menyoal, murid melihat dsb.

Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.


PENGAJARAN TERANCANG BERBANTUAN KOMPUTER

- pengajaran diprogramkan dalam disket/perisian

- ditayangkan dalam monitor computer

- Latih-tubi, tutorial, inkuiri-dialog, simulasi, permainan, penyelesaian masalah, pemulihan, pengayaan & penilaian.

- Murid belajar sendiri, masa fleksibel.

- Berdikari, melatih kemahiran berfikir

AKTIVITI 12 : PEMURNIAN

“WINDOWS MOVIE MAKER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN”

MATLAMAT KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

a) Meningkatkan kefahaman pelajar.

b) Memperbaiki kaedah pengajaran supaya lebih berpusatkan pelajar.

PERSOALAN KAJIAN

a) Adakah penggunaan window movie maker dapat meningkatkan kefahaman pelajar?

b) Adakah penggunaan windows movie maker dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif?

AKTIVITI 11 : TUGASAN 2 JURNAL

JURNAL 1

Coming To Terms With The Online Instructional Revolution: A Success Story Revealed Through Action Research

By : Eddie Lunsford & Kimberly Bolton

Di dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat adakah kandungan pengetahuan yang diperolehi daripada pembelajaran subjek biologi berasaskan dalam talian adalah sama dengan pembelajaran secara tradisional iaitu di dalam bilik darjah. Maka, pengkaji telah bersetuju bahawa tempat untuk memulakan penerokaan terhadap pembelajaran berasaskan web dalam subjek biologi ini adalah di dalam kursus itu sendiri terutamanya yang direka untuk non-major. Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan pelajar-pelajar daripada non-major dalam kursus biologi sebagai sampel untuk dibuat penyelidikan.

Jurnal 2

Reflection-in-and-on-Action in Participatory Action Research: Toward Assessment for Learning

By: Penny Singh

Pengkaji ini telah melihat bahawa terdapat beberapa masalah yang timbul dalam pembelajaran di dalam negara yang berbilang bahasa dan pelbagai budaya seperti Selatan Afrika di mana terdapat aduan daripada pensyarah-pensyarah yang mengatakan bahawa mereka tidak boleh baca dan faham apa yang pelajar tulis disebabkan oleh masalah penulisan mereka yang teruk. Dan di pihak pelajar itu sendiri pula, mereka mendakwa bahawa mereka juga tidak memahami beberapa perkataan dan apa yang terkandung di dalam kertas-kertas tersebut serta apakah yang dikehendaki oleh pensyarah. Jadi, persoalannya di sini, apakah pembelajaran tersebut adalah berkualiti sekiranya pelajar tidak memahami apa yang mereka belajar. Oleh yang demikian, bagi menjangkaui masalah berkaitan pembelajaran pelbagai bahasa ini, pengkaji telah mengemukakan cadangan untuk melakukan penaksiran secara oral di mana guru dan pelajar dikehendaki untuk saling berinteraksi sebagai satu cara pembelajaran yang berkesan.


JURNAL 3

Using Action Research to Implement the National Geography Standards: Teachers as Researcher

By: Sarah Witham Bednarz

Guru-guru Geografi telah mengambil masa selama lebih dua dekad untuk mencari jalan bagi meningkatkan pembelajaran subjek Geografi. Sejak National Geography Standards diperkenalkan pada 1994, usaha bagi membangunkan pendidikan Geogarfi telah bertumpu kepada penyebaran dan pelaksanaan piawai melalui pembangunan kakitangan professional dengan guru-guru dalam perkhidmatan untuk menjajar kurikulum serta meningkatkan mutu pendidikan geografi. Artikel ini memfokus kepada kajian tindakan sebagai satu alat bagi menyebarkan dan melaksanakan Piawaian Geografi Negara. Oleh yang demikian, pengkaji menggunakan pelbagai kaedah kajian termasuklah pemerhatian, temubual, analisis, video taping, brainstorming dan sebagainya untuk mencari kaedah yang sesuai bagi meningkatkan pendidikan Geografi ini.


PEDAGOGICAL REASONING, CREATIVITY AND COOPERATIVE LEARNING IN THE VISUAL ART CLASSROOM

Kajian ini dibuat kerana pengkaji mendapati pelajar sukar untuk mengeluarkan idea-idea kreatif semasa kelas seni visual dan berkolaborasi.

Oleh yang demikian pengkaji mengaplikasikan pembelajaran secara koperatif untuk menggalakkan penjanaan idea yang kreatif.

Fokus utama ialah untuk meningkatkan kreativiti pelajar dalam menjana idea, menambahkan keyakinan diri pelajar


ACTION RESEARCH IN THE SECONDARY SCIENCE CLASSROOM: STUDENT RESPONSE TO DIFFERENTIATED, ALTERNATIVE ASSESSMENT

Kajian ini bertujuan untuk menilai reaksi pelajar terhadap perlaksanaan yang berbeza-beza, model penilaian alternatif di kelas sains berkaitan bumi dan ruang angkasa di salah satu sekolah tinggi. Semua kajian tindakan adalah menyeluruh untuk memberi manfaat kepada pelajar. Perbezaan, penilaian alternatif yang dinyatakan untuk projek kajian sebagai kepelbagaian penilaian alternative (Mueller, Waters, Smeaton & Pinciotti, 2001) dan perbezaan arahan (Tomlinson,1999). Ia menggabungkan penilaian bukan tradisional seperti projek, persembahan, dan pertunjukkan dengan elemen seperti pilihan, variasi dan perbezaan arahan individu.


ACHIEVING TRANSFORMATIVE SUSTAINABILITY LEARNING : ENGAGING HEAD, HANDS AND HEART

Perubahan dasar dalam pendidikan tinggi adalah sesuatu yang biasa bagi kemanpanan pendidikan. Kesinambungan transformative belajar adalah siri objektif pembelajaran yang berkaitan kognitif (kepala), psikomotor (tangan) dan afektif (hati) domain pembelajaran yang memudahkan pengalaman peribadi peserta untuk peserta yang menjadi perubahan mendasar dalam pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan meningkatkan ekologi, social dan keadilan ekonomi. TSL menyumbang pada bidang yang luas. Dalam menyatukan kedua pedagogi yang menginformasikan kesinambungan dan transformatif pendidikan, kami menjelaskan cara belajar di universiti yang mengenakan peribadi dan transformasi sosial untuk kemapanan. Eksplisit hubungan antara kemapanan dan transformasi membolehkan TSL untuk muncul sebagai yang berbeza dan kepada pedagogi, politik budaya sekolah, pembelajaran dan pengajaran yang merangkumi "apa yang diajarkan, bagaimana mengajar terjadi, dan bagaimana apa yang diajarkan yang dipelajari.


Action Reserch : An Approach For The Teacher In Higher Education

Menurut penyelidik, masalah yang sering melanda setiap kali pelajar mengambil subjek Biostatistik saban tahun ialah mereka berasa subjek ini sangat sukar untuk dipelajari dan membebankan. Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan sangat mendukacitakan. Bagi pandangan pelajar subjek ini sangat menakutkan mereka. Pelajar yang bijak pun tidak mendapat markah yang baik.


Improving Critical Thinking Skills in History

Kaedah pengajaran tradisional yang biasa digunakan tidak mengaplikasikan konsep analitikal, penilaian, sintesis dan tidak menggalakkan pelajar kepada berfikir secara kritikal. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini membosankan dan menyebabkan mereka pasif di dalam kelas. Bagi pelajar, Sejarah adalah menghafal dan kebanyakkan pelajar menghafal adalah sesuatu yang sangat sukar dan membebankan


Supporting Academic Improvement Among Eighth Graders at Risk for Retention: An Action Research Intervention

Terdapat pelbagai rungutan diterima daripada guru-guru gred 8 berkenaan pencapaian pelajar yang sangat lemah. Pelajar juga tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, menghantar projek yang tidak sempurna, dan pelbagai masalah yang lain. Peranan guru kaunseling atau kaunselor di sekolah semakin dituntut peranannya. Oleh itu kaunselor telah digesa memainkan peranan yang lebih agresif bagi membuktikan keberkesanan mereka dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan sahsiah terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak mencapai tahap minimum yang diperlukan. Hal ini telah membawa kajian ini yang akan melihat kepada hubungan antara kaedah khidmat kaunseling terhadap pencapaian para pelajar.