Saturday, December 12, 2009
AKTIVITI 10 : TUGASAN 1 BUKU
Friday, December 11, 2009
AKTIVITI 9: TUGASAN 4 MINI KT
MATLAMAT KAJIAN:
- Meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam kelas semasa proses P&P.
- Meningkatkan keyakinan pelajar dalam berkomunikasi supaya kaedah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (student centered learning) lebih berkesan.
- Mengubah amalan pengajaran guru supaya lebih berkesan dan berpusatkan pelajar
OBJEKTIF KAJIAN:
- Memberbaiki kaedah pengajaran yang sedia ada ke arah yang lebih menarik dan kreatif.
- Meningkatkan kefahaman pelajar.
PERSOALAN KAJIAN:
- Adakah penggunaan window movie maker dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
- Adakah penggunaan windows movie maker dapat membantu pelajar mengingat dengan mudah?
AKTIVITI 8: TUGASAN 4 MINI KT
CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN:
A. INDIVIDU
- Guru memberikan tugasan kepada pelajar membuat kerja lapangan.
- Guru perlu mempelbagaikan kit pengajaran.
- Guru menggunakan teknologi dalam P&P supaya pelajar terdedah dengan ICT.
B. PASUKAN
- Menggunakan kaedah yang lebih menarik dan pelbagai supaya pelajar tidak mudah bosan seperti menggunakan kaedah movie maker dalam proses P&P.
- Menggalakkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar dengan menggunakan pembelajaran berasaskan masalah.
- Mengadakan perbincangan secara berkumpulan menggunakan teknik jigsaw.
- Menggunakan windows movie maker supaya penyampaian guru lebih jelas, menjimatkan masa untuk menyalin nota di papan tulis.
C. CADANGAN RAKAN (TEMUBUAL)
- Guru perlu mempelbagaikan video yang menarik dan terkini.
- Adanya penerapan nilai-nilai murni dalam video yang ditunjukkan.
- Tayangan video selari dengan objektif pengajaran yang ingini dicapai.
LITERATURE REVIEW
PERNYATAAN MASALAH
AKTIVITI 7: TUGASAN 4 MINI KT
KELEMAHAN PENGAJARAN
A. PENGALAMAN
REFLEKSI INDIVIDU
- Latih tubi yang terlalu banyak membuatkan pelajar jemu dan tidak menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan
- Hanya wujud interaksi satu hala menyebabkan pelajar pasif dan mudah mengantuk.
- Tidak menjana idea pelajar kerana hanya menerima penerangan daripada guru.
KUMPULAN
- Bagi subjek perdagangan, pelajar tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru kerana sibuk menyalin nota di papan tulis. Oleh itu penerangan yang diberikan kurang berkesan kepada pelajar.
- Proses P&P hanya berpusatkan kepada guru. Semua maklumat disampaikan oleh guru sahaja tanpa melibatkan penyertaan pelajar.
- Bagi subjek matematik, terlalu banyak latih tubi diberikan selepas sesuatu topik diajar. Bagi pelajar yang tidak minat subjek matematik, mereka tidak akan membuat latihan dan akan meniru rakan yang telah siap. Ini menyebabkan pelajar yang lemah hilang minat dan cepat berasa bosan.
B. PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN (TEMUBUAL RAKAN)
- Pelajar tidak memberi perhatian jika subjek itu tidak diminatinya.
- Guru menggunakan teknik movie maker yang sama dan menyebabkan pelajar jemu.
- Memerlukan alatan yang lengkap seperti speaker, skrin dan lain-lain.
AKTIVITI 6 : TUGASAN 4 MINI KT
KEKUATAN PENGAJARAN
A. PENGALAMAN
REFLEKSI INDIVIDU
- Guru memberikan penerangan yang jelas terutamanya penerangan konsep dan definisi. Pembelajaran berpusatkan guru.
- Guru mempunyai pengetahuan yang luas dan pakar dengan bidangnya.
- Pelajar diberikan latih tubi yang banyak untuk memahirkan mereka.
KUMPULAN
- Bagi subjek Perdagangan, guru pada masa itu lebih kepada memberi penerangan dan murid hanya mendengar. Memandangkan guru mempunyai perniagaan sendiri, jadi isi pengajaran lebih tertumpu kepada penceritaan berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Secara tidak langsung, pelajar lebih faham kerana guru menggunakan contoh yang nyata.
- Selain itu, guru menggunakan keratan akhbar yang berkaitan topik yang ingin diajar sebagai bahan bantu mengajar. Sepanjang P&P, wujud interaksi dua hala antara guru dan pelajar.
- Bagi subjek matematik, guru menggunakan konsep mentor mentee. Rakan yang pakar akan membantu rakan yang lain. Kaedah ini sangat berkesan kerana pelajar tidak malu untuk bertanya sesama rakan sekiranya tidak faham berbanding denga guru yang mungkin menyebabkan pelajar takut dan malu bertanya. Di samping itu juga guru memberikan penerangan yang jelas sehingga pelajar benar-benar faham.
B. PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN (TEMUBUAL RAKAN)
- Dapat menarik minat pelajar untuk memberi sepenuh perhatian disamping memudahkan untuk mengingat pengajaran guru.
- Pelajar teruja dengan aplikasi teknologi yang digunakan oleh guru dalam proses P&P.
- Untuk mengelakkan pelajar berasa bosan di dalam kelas dengan kaedah pengajaran tradisional.
AKTIVITI 5 : TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN 4 MINI KT
TUJUAN GURU (PELATIH/NOVIS/BERPENGALAMAN) MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN:
1. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.
2. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.
3. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membanttu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai. Dengan itu mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan dan diberikan kuasa untuk membuat keputusan (empowerment)
4. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran.
5. Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar.
6. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin.
7. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja.
8. Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
9. Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
10. Membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
11. Merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.
MENGAPA ANDA INGIN MELAKUKAN TAJUK YANG DIPILIH UNTUK MINI KAJIAN ANDA?
TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN :
"WINDOWS MOVIE MAKER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"
Faktor pemilihan tajuk ini:
1. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Windows movie maker turut berfungsi sebagai video menjadikannya sebagai media penyampaian ilmu yang mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini secara tidak langsung akan mempermudahkan pemahaman seseorang pelajar dalam memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar juga boleh belajar secara individu mahupun berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar disamping mereka sepanjang masa. Ianya sangat bersesuaian dengan guru yang kerap melakukan kerja-kerja luar.
2. Memudahkan proses pengulangan dalam pembelajaran.
Menerusi cara ini, pengajaran yang melibatkan pengulangan penerangan dapat dilakukan dengan mudah kerana tiada bahagian atau isi yang teritnggal.
3. Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan.
Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti menggunakan perisian komputer, kemahiran melakukan ujikaji, mengendalikan alatan dan sebagainya memerlukan tunjuk ajar dan demonstrasi. Dengan adanya video ini pelajar boleh menonton dan mengawal perjalanan video mengikut keperluan dan tahap kefahaman pelajar itu sendiri.
4. Memberi kuasa kawalan kepada pelajar.
Penggunaan video ini, membolehkan pelajar memainkan video, memberhentikannya atau mengulangkan kembali klip-klip yang berkaitan. Secara tidak langsung membolehkan proses pembelajaran berlaku mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya mengikut keperluan tenaga pengajar semata-mata.
5. Menjimatkan masa dan tenaga.
Proses pengajaran menjadi lebih cepat menerusi video yang dipaparkan. Ini kerana proses penerangan yang panjang lebar dan demontrasi yang meleret-leret dapat dielakkan. Hal ini kerana proses penerangan menerusi video telah menggabungkan elemen-elemen seperti imej, muzik dan suara latar yang secara tidak langsung memberi penjelasan yang lebih jelas lagi kepada para pelajar.
MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan:
- Supaya guru (pelatih/novis/ berpengalaman) itu tahu cara untuk menghasilkan kerja yang memberi mutu yang tinggi dalam bidangnya.
- Supaya guru (pelatih/novis/ berpengalaman) sentiasa terbuka untuk belajar cara bagaimana untuk meningkatkan kualiti amalannya di samping sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.
- Guru (pelatih/novis/berpengalaman) akan sentiasa bersedia untuk berkongsi kepakarannya dengan guru professional yang lain dalam bidang keguruan.
- Kajian tindakan dapat menjadikan guru (pelatih/novis/berpengalaman) sebagai seorang yang sentiasa ingin menyiasat setiap kelemahan atau masalah yang timbul di persekitarannya dan seterusnya menyelidik dan menganalisis dengan cara yang sisitematik dan teratur.
- Kajian tindakan juga berupaya menjana proses pemikiran yang kreatif dan mampu menjadikan guru (pelatih/novis/berpengalaman) sentiasa bermatlamat, gigih dan berusaha untuk mendidik anak bangsa tanpa berputus asa.
Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?
Perisian ini merupakan perisian pasang siap dalam Windows. Secara umum perisian ini digunakan untuk capture frame video daripada perakam video, menyunting dan menghasilkan video dalam beberapa format. Perisian ini juga bukan sahaja boleh membina sebuah filem daripada gambar bergerak tetapi juga boleh membina filem dengan menggunakan gambar foto. Windows Movie maker dipilih sebagai tajuk mini kajian tindakan adalah kerana:
1. Dapat mempelbagaikan kaedah P&P dan memperkayakan teknik pengajaran..
2. Menarik minat pelajar jika direka bentuk dengan baik.
3. Membantu kefahaman pelajar terhadap konsep abstrak.
4. Boleh disimpan dan digunakan semula.
5. P&P akses sendiri.
6. P&P lebih menyeronokkan.
7. Ia sesuai dijadikan alat membantu guru dalam proses P&P kerana berkemampuan menerima dan mengakses data atau maklumat.
8. Membantu guru mencapai objektif P&P yang berkesan jika digunakan dengan sistematik.
9. Penggunaan aspek teknologi yang digabungkan dalam kurikulum ini adalah satu usaha ke arah memupuk minat dan sikap yang positif daripada pelajar terhadap perkembangan teknologi.
Sunday, November 22, 2009
AKTIVITI 4: TUGASAN 4 MINI KT
CADANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN MIKRO YANG MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:
"WINDOWS MOVIE MAKER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"
PESERTA KAJIAN:
Pelajar tingkatan 4 bagi subjek Perdagangan dan Matematik
SETTING KAJIAN:
Di dalam Bilik Darjah dan maklmal komputer
